:
Latar Belakang

Latar Belakang

Sejarah penubuhan Maahad Tahfiz ini bermula pada tahun 2017 apabila tercetus kesedaran untuk menubuhkan sebuah tahfiz yang ditadbir dan diuruskan secara lebih professional dan tersusun dalam semua aspek termasuk pentadbiran, kewangan dan pembelajaran. Alhamdulilah dengan izinNya, Maahad Tahfiz Bandar Hillpark telah berjaya ditubuhkan hasil gabungan tenaga kerja dan kepakaran dalam kalangan professional daripada bekas kakitangan perbankan dan para ustaz. Maahad Tahfiz ini terletak di sebuah kawasan perumahan yang sangat kondusif di Puncak Alam dan mula beroperasi sejak 22/08/2017. Pada masa kini, pihak maahad tahfiz menyewa 3 unit rumah teres 2 tingkat bagi tujuan penginapan dan kelas pengajian.

Maahad Tahfiz Bandar Hillpark menawarkan pengajian tahfiz sepenuh masa yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan. Mod pengajian separa masa juga ditawarkan bagi pengajian Iqra' dan al-Quran bagi semua peringkat umur. Tenaga pengajar terdiri daripada pengajar yang mempunyai kelulusan dan kepakaran dalam bidang tahfiz dan al-Quran. Maahad Tahfiz Bandar Hillpark merupakan maahad tahfiz yang didaftarkan di bawah JAIS dan telah dilantik oleh Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor (MAIS) sebagai penolong amil kutipan zakat.